NAMA :HAFIZUDDIN BIN MD SHAKHIH
NO MATRIK :MP111167
SUBJEK :SISTEM PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN
KOD :MPT1173
PENSYARAH :EN ABDUL RAZAK BIN IDRIS
TAJUK :PERBEZAAN
DDC (DEWEY DECIMAL CLASIFICATION) DAN
LCC (LIBRARY OF CONGRESS CLASIFICATION)
DDC
DDC telah dicipta untuk penggunaan semua perpustakaan awam dan
perpustakaan sekolah sama ada besar atau kecil dengan pelbagai koleksi sumber
pengetahuan. DDC telah dibangunkan pada tahun 1876 sebagai satu cara untuk
menyusun semua ilmu .
Sistem DDC ini sesuai
digunakan di perpustakaan awam dan perpustakaan di sekolah-sekolah kerana DDC adalah
sistem pengkatalogan bergantung kepada rangka kerja mudah yang bermula dengan
sepuluh kelas subjek. Kelas-kelas ini
dipecahkan kepada sepuluh bahagian, yang kemudiannya dipecahkan kepada sepuluh sub
bahagian. Buku-buku ini diberikan nombor panggilan mengikut taksonomi ilmu.
DDC hanya menggunakan nombor sahaja yang memudahkan pustakawan untuk mengkatalog
buku dan memfailkannya di dalam komputer. Tetapi DDC hanya memberikan skop
subjek bahan sahaja dan pustakawan perlu menambah sesuatu nombor untuk
menjadikan sesuatu bahan khusus. Penambahan ini pastiknya akan berbeza bagi
setiap perpustakaan.
DDC boleh dikatakan satu cubaan untuk untuk mengkategorikan
mana-mana perkara yang mungkin boleh berlaku sahaja dengan cara menyimpan dan
menambah angka seperti 625.72
LCC
LCC digunakan di perpustakaan-perpustakaan besar seperti
perpustakaan kongres, perpustakaan universiti dan perpustakaan akademik. Sistem ini mempunyai 21 kelas di
peringkat tertinggi untuk menggabungkan perubahan dan penambahan ilmu
pengetahuan baru, terutamanya dalam bidang
kejuruteraan dan sains komputer. Item-item yang terdapat di dalam 21 kelas
tersebut sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa sesuai dengan persekitaran
universiti.Hal ini kerana di perpustakaan universiti mempunyai bahan sumber yang banyak
dan pelbagai dan tidak sesuai diklasifikasikan menggunkan DDC kerana taksonomi
ilmu DDC adalah terhad.
LCC menggunakan
huruf dan nombor berbanding DCC yang hanya menggunakan nombor. Sictem LCC
sangat sesuai untuk mengklasifikasikan bahan-bahan sumber secara khusus dan
tepat dengan subjek bahan berbanding DDC.Tetapi pustakawan mengalami sedikit
kesukaran untuk mengklasifikasikan LCC menggunakan komputer.
Dengan LCC kita
mampu untuk mendapatkan nombor panggilan yang lengkap kerana LCC adalah satu
sistem rak yang mempunyai senarai klasifikasi yang lengkap. Contoh nombor
panggilan LCC ialah H195f. Huruf H adalah huruf pertama nama akhir
pengarang dan f adalah huruf pertama
tajuk buku tersebut. Ini sedikit
menyukarkan pengguna untuk mengenalpasti nama pengarang buku tersebut. Walaubagaimanapun
klasifikasinya adalah tepat dengan bidang ilmunya.
No comments:
Post a Comment